• Categories

  • Jan
    05
    Filed Under (Umum) by ejoy on 05-01-2010

    Hari ni member aku sorang datang tanya aku, boleh kaya ke dengan MLM ni? Makin miskin adalah katanya.
    Jawab aku, yer. Memang akan makin miskin. Buat la apa saja kerja sekali pun, kalau tiada komitmen, tiada konsisten, dan anak tokey balak pun boleh jadi papa kedana.
    Soal modal berapa, keuntungan berapa kalau nak diambil kira, memang la untuk golongan rendah macam aku ni tak mampu nak join. “Ala, RM500++ je modal.” Memang la, kalau ikutkan komitmen aku yang dah ada anak ni, RM500++ tu banyak beb, 2 minggu punya lauk aku boleh beli. Itu la pandangan masing². Bagi aku, rezeki Allah nak bagi ni ada dimana² sahaja, asalkan kita pandai nak berusaha menambahkan rezeki kita tu.
    Masih aku ingat pada masa aku kecil² dulu, ayah aku dah pun mengajar aku bagaimana nak berdikari. Masa usia aku 13 tahun pun aku dah mula bekerja, pesan ayah aku. Rasalah perit macam mana nak mencari rezeki untuk anak² dan keluarga.
    Mencari rezeki ni biarlah kita diibaratkan seperti nelayan. Takat nak memancing ikan menggunakan joran tu, berapa ekor lah sangt nak dapat ikan dalam sehari kan? So, tukar la pada jala. Sekali tebar mungkin lebih seekor dapat ikan. Nak lebih lagi, pakai je pukat tunda tu terus, naik kapal besar sikit, confirm beratusan ekor ikan yang akan masuk dalam pukat kita ni.
    So, bak kata pepatah: “Dalam semak ada duri;Orang tamak selalu rugi.” Yer, ikutlah pepatah tu, SANGATlah anda akan berjaya. Bagi aku, orang tamak mana pernah rugi, sebab dia dapat lebih dari orang yang tak tamak. Rugi kat mana tu?
    Ini sajalah coretan aku hari ni, pikir²kan lah, renung²kanlah. Nak komen, komen lah. Kowang punya hak untuk komen. Amin.

    Jan
    01
    Filed Under (Umum) by ejoy on 01-01-2010

    2010Sempena kehangatan tahun baru yang baru menjelma ni, aku nak amik kesempatan la nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan² dan pembaca² blog aku.

    Semoga dengan keazaman baru yang anda cipta akan dikecapi. Insya’Allah. Kepada sesiapa yang masih belum kecapi azam tahun lepas, teruskan pada tahun ini.

    Aku doakan agar anda semua akan dilimpahi rezeki, diberi kesihatan sepanjang tahun, dan perolehi kebahagiaan yang dicari. Amin.

    Dec
    28
    Filed Under (News) by ejoy on 28-12-2009

    Assalamualaikum dam salam sejahtera,

    Seminggu aku di Sabah, menemui si dia yang ku cintai. Walaupun itu tujuan sebenar aku. Namun sambil menyelam aku minum air. Biz Ads4Bucks ni memang tak lari dari minda aku. Ada je idea aku. Tapi niat aku sebenarnya nak menjenguk Branch Ads4Bucks di K.K ni.
    Disebabkan aku tiada kemudahan internet, dan malas pula nak ke cyber cafe semata-mata nak tahu alamat branch Ads4Bucks ni, aku pun call la upline aku bertanyakan alamat. Malangnya upline aku bagitau, dia pun tak pasti alamat branch di K.K tu. Punyalah mahal call dari Sabah ke Kuala Lumpur, habis kredit aku macam tu sahaja. Aku pun cari la kedai jual topup. Dan kebetulan kat kedai tu ada komputer yang online. Aku pun minta tolong dia buka website ads4bucks, nak mencari num telefon sekurang-kurangnya untuk mendapatkan alamat branch Ads4bucks di K.K. Tapi puas jugak la minah kedai phone tu godek, tak jumpa contact. Yang jumpa hanya contact H.Q sahaja di K.L. Oklah, aku pun amik la num phone KL tu, call. Tapi hampa juga lah, Hamba Allah yang menjawab phone tu pun tak tau kat mana alamat branch nih, num telepon dia tak tahu. Macam mana la nih, kalau lah orang yang belum join Ads4bucks nak walk-in tanya alamat macam mana? Buat buruk nama Ads4Bucks je.
    Last-last, aku terpaksa juga pergi ke cyber cafe untuk cari sendiri. Akhirnya aku jumpa juga, punya la susah nak cari info kat web ads4bucks nih. Itu pun aku search kat google baru jumpa. Aku rasala kan, admin untuk website Ads4bucks ni kena pikirkan sesuatu la, buat satu section untuk contact semua branch yang ada, dalam dan luar negara. Supaya senang untuk orang yang berminat nak join ni cari contact/info.
    Disebabkan kesibukan yang melanda, tidaklah aku pergi ke branch Ads4Bucks ni selepas hari tersebut. Aku pikir hari Ahad (27 Dec) aku pergi melawat, sebab hari tu je aku free. Tapi malangnya, aku sampai di office Ads4Bucks ni (di Plaza Tanjung Aru), tutup kemas. Ke hari Ahad tak buka? Aku pikir macam tu lah. Atau alamat yang aku dapat ni bukan alamat Branch sebenar di K.K? Aku pun call la upline aku sorang lagi, memang orang sabahan, dia bilang office dekat 1 Borneo. Aku pikir, 1 Borneo ni bukan K.K, jauh giler dari town dekat dengan UMS (Universiti Malaysia Sabah). Takpelah, aku pun cari jugak lah. Semangat punya pasal. Mula-mula aku cari dalam 1 Borneo, bapak besar shopping complex. Tak daya aku. Aku rasa takkan dalam 1 Borneo office dia nih, aku pun pergilah ke sekitar 1 Borneo dekat dengan office² lot, penat aky cari. Tak jumpa, on the way back to K.K tu, baby aku cakap dia nampak signboard ads4bucks, tapi kecik je tulisan dia, tulisan besar dia tulis “Sniper”, kalau tak silap pandangan baby aku lah. Aku plak dah malas nak pusing, dan beranggapan tu cuma group Sniper punya office kot, campur dengan malas, aku pun tak pusing lah.
    Aku bukan nak kritik sangat dengan apa yang aku lalui ni. Dan mungkin juga salah aku sendiri yang tidak mendapat info yang tepat. Tapi bagi aku yang memang sudah menjadi ahli Ads4Bucks ni sendiri tak puas hati, macam mana pula dengan orang yang belom join? Apa pula pandangan mereka? So, apa lagi? Bagi pihak yang rasa bertanggungjawab tu, silalah komen skit. Betulkan kesilapan aku ni. Dan jika sebaliknya, tau² lah sendiri apa yang patut dibetulkan. Amin.

    Dec
    11
    Filed Under (News) by ejoy on 11-12-2009

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sibuk benar aku kebelakangan ini, maklum la nak tutup tahun sudah. Macam² report yang aku nak kena buat ni. Sampai Team Keramat punya event di Carefour Kepong pun aku tak kesempatan nak pergi. Apa ke cerita kat sana pun aku tak pasti ni. Harap² perjuangan member² di sana membuahkan hasil.

    Oklah, aku nak sambung ngadap kerja ni. Tak siap nanti, kena menjawab lak. Salam kemajuan buat semua teman!!

    Dec
    03
    Filed Under (Welcoming...) by ejoy on 03-12-2009

    Welcoming Mohd Khairuljiezal a.k.a Tango to our group. A member from Perak. All the best bro!!

    Nov
    28
    Filed Under (Welcoming...) by ejoy on 28-11-2009

    Selamat datang buat azroy dari KL kerana sudi untuk menyertai program ini. Semoga kita bersama² mengecapi kejayaan. Dan sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah, bolehlah menghubungi saya atau upline² yang lain.

    Nov
    25
    Filed Under (News) by ejoy on 25-11-2009

    Murah rezeki aku hari ni. Ada juga kawan² yang sudi support aku dalam biz ni. Hari ni sahaja aku register 3 orang. Tidak la banyak. Tapi alhamdulillah. Syukur pada Allah yang telah membukakan hati aku ini untuk menyertai program ini.

    Selamat Datang kepada Kaini, RRMTech dan Virility. Bersama²lah berusaha menempa kejayaan.

    Terima kasih kepada yang sudi membantu dalam hal ini, terutamanya buat Keramat Team. Terima kasih semua! Love u all!

    Nov
    25
    Filed Under (News) by ejoy on 25-11-2009

    Semalam ada meeting untuk Team Keramat. Bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Diamond Square (Team Keramat punya port – boleh ke aku cakap gitu?) Hehehe. Aku terkejut juga dengan kehadiran geng² ni. Aku ingat dalam 7 – 8 orang je yang hadir. Tapi sekali tengok, untuk 1st meeting ada 16 orang yang hadir. Pada aku ini satu berita yang cukup baik. Usia Team Keramat pun belom lagi mencecah 1 bulan.

    Meeting yang ala² famili style gitu, ok juga lah, tak boring. Ada celah senda-menyenda, gurauan pun ada. Kadang serius, pastu kembali jadi gile². Projek pertama kami adalah untuk mengembangkan lagi biznes ni dengan cara berkempen. Nantilah aku cerita detail pasal kempen ni bila tiba waktunya.

    Terus terang la aku katakan, memang aku bangga dengan komitmen yang Geng² Team Keramat ni berikan. Jarang nak dapat peluang dan maklum balas yang macam nih. Syabas kepada siapa² yang memberikan idea ni. (Aku boley tak tau sapa punya idea ni.. hehehe)

    Aku doakan, semoga dengan usaha yang telah dan akan kami lakukan ini akan mendapat petunjuk dan diberkati-Nya. Amin.

    Bad Behavior has blocked 18 access attempts in the last 7 days.